Tuesday 15 March 2011

Tanda-tanda kiamat

Mari kita ulangkaji tanda-tanda kiamat kecil ini. Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi. 

“Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari”
1. Penaklukan Baitulmuqaddis. 
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
1. Zina bermaharajalela. 
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
1. Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik.
2. Bermaharajalela alat muzik. 
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
1. Menghias masjid dan membanggakannya. 
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”
1. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.  
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”
1. Ramai orang soleh meninggal dunia.
2. Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan.
“Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
1. Orang hina mendapat kedudukan terhormat. 
"Sungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
1. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." 
1. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. 
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
Bulan sabit kelihatan besar.  
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”
1. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita. 
“Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”
1. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
1. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai. 
“Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
1. Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa.
2.Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan). 
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
1. Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.
“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
1. Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

2. Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

3. Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

4. Orang akan melakukan homoseksual.

5. Akan terdapat ramai anak luar nikah.

6. Berkurangnya sifat amanah.

7. Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang).

8. Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya.

9. Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya.

10. Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid.

11. Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik.

12. Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya.
 
“Rasulullah bersabda: 
"Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
1. Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan.
2. Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara.
3. Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang).
4. Memandang rendah kepada darah.
“Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
1. Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar).
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
1. Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.
“Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”
1. Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan.
"Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
1. Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan.
“Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari”
1. Banyaknya berlaku gempa bumi.
2. Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan.
3. Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan. 
“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy.
1. Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba.
2. Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat.
WASALLAM.

Tuesday 8 March 2011

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN

JENIS-JENIS PENYELIDIKAN
Penyelidikan dan kaedah saintifik
   Penyelidikan pendidikan adalah aplikasi kaedah saintifik kepada masalah pendidikan
Kaedah saintifik berasaskan
  • Membina hpotesis berasaskan pemerhatian (logik induktif),
  • Deduksi ke atas implikasi daripada hipotesis-hipotesis,
  • Mengesahkan atau menolak hipotesis
  • Kaedah saintifik lebih dipercayai (reliable) daripada pengalaman atau pakar dalam menerangkan, meramal atau mengawal fenomena.
Logik induktif dan deduktif
Logik digunakan untuk membina hipoesis yang menjadi asas penyelidikan pendidikan
  • Logik induktif menganalisis peristiwa untuk kenalpasti generalisasi
   Contoh: Setiap siswazah yang ditemubual mengambil kursus penyelidikan pendidikan. Oleh itu, semua pelajar pasca siswazah perlu mengambil penyelidikan pendidikan
Logik deduktif menemui kesimpulan spesifik berasaskan generalisasi
  • Contoh: Setiap pasca siswazah yang ditemubual mengambil kursus penyelidikan pendidikan. Anda seorang pelajar pasca siswazah. Maka anda akan mengambil kursus penyelidikan pendidikan.

Penyelidikan Asas dan Penyelidikan Gunaan
(Basic and Applied Research)

  • Penyelidikan Asas dilaksanakan untuk membina teori. Dalam pendidikan, ia membantu membentuk prinsip pembelajaran umum
  • Contoh: Bagaimana penggunaan graphic organizers membantu pelajar memperolehi pengetahuan?
  • Penyelidikan gunaan lebih mementingkan bagaimana teori digunakan dalam situasi pendidikan(educational settings).
  • Contoh: Dapatkah graphic organizers membantu pelajar di Tahun 1?
Penyelidikan pendidikan kini menggunakan kombinasi kedua-dua jenis penyelidikan
Educational research is often referred to it as either qualitative or quantitative.
  • Untuk menjalankan penyelidikan terdapat dua pendekatan, iaitu pendekatan
  • kualitatif dan kuantitatif (Sukardi, 2004; Nana, 2005; Mohd, 2005; Ananda, 2007).
  • Dalam penyelidikan ini digunakan kedua-duanya, iaitu pendekatan kualitatif dan
  • kuantitatif (Dunn, 2003; Nana, 2005; Sudarwan, 2005; Mohd, 2005), dengan desain dua
  • tahap (Aris, 2002).
Pendekatan Kualitatif
  • Pendekatan kualitatif ialah prosedur penyelidikan yang menghasilkan data gambaran yang boleh diamati (Lexy, 2007), tradisi tertentu dalam ilmu pengetahuan sosial yang secara fundamental bergantung kepada pengamatan manusia dalam kawasannya sendiri dan berkait dengan orang-orang tersebut dalam bahasa dan peristilahannya (Kirk & Miller, 1986).
  • Pendekatan kualitatif dalam penyelidikan ini adalah kajian kes, adalah suatu
  • penyelidikan yang dilakukan terhadap suatu kesatuan sistem, sama ada yang berbentuk
  • program mahupun kejadian yang terikat oleh tempat, waktu atau ikatan tertentu (Nana,
  • 2005). Kajian kes dilaksanakan untuk menghimpun data, memperoleh makna, dan
memperoleh pemahaman daripada suatu kes
Penyelidikan kualitatif
(Qualitative Research) 

Melibatkan pengumpulan data naratif untuk memperolehi celik akal kedalam fenomena yang diminati. Data dikumpul:
  • Secara intensif dalam tempoh masa tertentu
  • Dalam “naturalistic setting”,
  • Tanpa cuba mengawal peristiwa.
Contoh:
    Sekolah A telah memenangi banyak hadiah dalam melaksanakan teknologi merentas kurikulum. Anda mengambil keputusan untuk menyiasat apakah yang telah mereka lakukan membantu mereka berjaya. Selepas perbincangan dengan guru besar, anda dapati terdapat 3 orang guru penting dalam pembangunan teknologi. Sebagai penyelidik kualitatif apakah yang akan anda lakukan untuk kenalpasti mengapa mereka sangat berjaya?
Pendekatan Kuantitatif
  • Pendekatan kuantitatif ialah penyelidikan yang menekankan kepada fenomenafenomena objektif dan dikawal melalui pengumpulan dan analisis data (Nana, 2005;
  • Chua, 2006; Fraenkel, 2007). Suatu penyelidikan yang melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen.Penggunaan ujian statistik terhadap sesuatu kajian adalah sebagai usaha untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu penyelidikan.
Penyelidikan Kuantitatif
(Quantitative Research) 

  • Melibatkan pengumpulan dan analisis data numerikal untuk mendapat celik akal bagaimana satu pembolehubah mempengaruhi pembolehubah lain.
   Penggunaan penyelidikan kuantitatif yang berbeza bergantung kepada:
  • Jenis soalan yang ditanya;
  • Tujuan penyelidikan, dan;
  • Bilangan subjek yang boleh diperolehi oleh penyelidik
Jenis-jenis penyelidikan kuantitatif yang asas termasuk
  • Diskriptif (Descriptive)
  • Korelasi (Correlational)
  • Causal comparative
  • Eksperimental (Experimental)
Penyelidikan Diskriptif
(Descriptive Research)

Berbeza daripada kajian kuantitatif yang lain kerana ia:
  • Di tetapkan(set) untuk melihat dan melaporkan perkara seperti adanya ( to determine and report the way things are now),
  • Tidak cuba untuk mengawal pembolehubah (does not try to control a variable).
Masalah penyelidikan diskriptif:
  • Kurang responden
  • Keputusan yang biase
  • Example: What will the field of educational design be like in five years? Ten years?
  • How would you set up such a study?
Penyelidikan korelasi
(Correlational Research) 

  • Menyelidik hubungan antara pembolehubah. keputusan bukan menunjukkan sebab dan kesan, tetapi membenarkan ramalan bagaimana satu pembolehubah boleh berubah berdasarkan keputusan daripada pembolehubah yang lain
  • Keputusan ditunjukkan sebagai korelasi diantara 0.00 dan 1.00
  • Example: Does the amount of modem use at home correlate to a student’s GPA?
  • How would you set up this research?
Causal-Comparative Research 
  • Kajian untuk melihat hubungan sebab dan kesan melalui perbandingan kumpulan.
  • Pembolehubah yang dimanipulasikan dan “penyebab” kepada pembolehubah lain untuk berubah dipanggil “independent variable”.
  • Pembolehubah yang respon kepada perubahan dipanggil “dependent variable”.
  • Dalam kajian ini independent variable sudah dikenalpasti: jantina, umur /SES subjek tersebut.
  • Example: Do adults from low SES backgrounds have a higher attrition rate in high technology companies than adults from middle class backgrounds?
Penyelidikan eksperimental
(Experimental Research) 

  • Dalam kajian eksperimental independent variable dikawal dan yang lain-lain dibiarkan seperti adanya
  • Example: Does the use of graphic organizers help third-grade students conceptualize information more thoroughly than a list of topics?
  • Overview of qualitative and quantitative research characteristics
  Quantitative Research Qualitative Research
Type of data collected Numerical data Nonnumerical narrative and visual data
Research problem Hypothesis and research procedures stated before beginning study Research problems and methods evolve as understanding of topics deepens
Manipulation of context Yes No
Sample size Larger Smaller
Research procedures Relies on statistical procedures Relies on categorizing and organizing data into patterns to produce a descriptive,,narrative synthesis
Participant interaction Little interaction Extensive interaction
Underlying belief We live in a stable and predictable world that we can measure, understand, and generalize about Meaning is situated in a particular perspective or context that is different for people and groups; therefore, the world has many meanings